Alhamdulillah! Genaplah setahun kamu berkhidmat buatku dengan izin-Nya. Menemaniku disaat aku jatuh dan bangun. Berkhidmat untuk tidak kira waktu dan ketika. Terima Kasih kerana menjadikanku seorang "blogger" walaupun tak popular macam "blogger" di luar sana. Niatku hanya satu,aku ingin meluahkan kata hatiku melalui pena. Diriku dikatakan "sombong" kerana aku tidak berjaya menggunakan anugerah terindah dari sang pencipta iaitu mulut untuk mengungkapkan puisi kata yang membantu aku dalam berinteraksi dengan komuniti diluar sana. Aku gagal memberanikan diri untuk membutirkan kata-kata maka perkara ini menjadikan diriku seorang 'blogger'.
Terima kasih! Harapanku agar hidupku diberkati oleh-Nya kepada seluruh keluargaku ,kenalan dan dipermudahkan segala urusanku serta mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Teringat akan kata seorang ustazah akhirilah doamu dengan 'Semoga hari TERBAIK bagiku adalah pada hari KEMATIANKU! Amin.
<AkuSeorangBlogger>
Sunday, 11 January 2015
Aku adalah Aku !Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment