Saturday, 1 February 2014

Lovely life

I'm standing here for a reason.
Seandainya jodoh kita bersama,kita akan bersama jua cuma masa dan tempat memisahkan kita. Jikalau,saudara mampu buatlah dahulu,sesungguhnya saya hanya insan yang lemah untuk menghalangnya. Sabarlah wahai saudara dengan dugaan hidup ini,tempuhilah dengan iman yang teguh. Saya percaya bahawa saudara mampu untuk merentasi segala halangan serta cubaan mendatang dengan sifat yang terbuka. Yakinlah bahawa Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Ketahuilah bahawa empat perkara yang dirahsiakan oleh Allah iaitu Jodoh,Maut,Tanah kubur dan Ketentuan. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat. "Cintailah Allah dan Rasulullah melebihi dirimu sendiri" Ingatlah wahai saudaraku,sayangilah serta cintailah Allah dan Rasulullah melebihi lapan perkara yakni harta,anak-anak,isteri,rumah,ibu bapa.....Saya percaya bahawa Akhi mampu. Akhi,sesungguhnya saya redha untuk menerimamu seandainya Jodohku adalah dirimu walau banyak perkara akan dihadapi nanti.