Thursday, 15 January 2015

Buruk tapi Bermanfaat! Gaya cakar Ayam

Nota untk tazkirah malam ni...
#ForumPerdanaHalEhwalIslam

~Dakwah Cara Rasulullah S.A.W~

Sempena malam jumaat ni saya nak kongsi sedikit ilmu (mungkin) yang bertajuk "Cara Dakwah Rasulullah >berdakwah dengan HIKMAH.

Cara dakwah Rasulullah melalui 2 perkara:

1) Memenangkan dengan logik akal.
 
Peristiwa yang berlaku terhadap Rasulullah apabila hadir seorang sahabat yang berjumpa dengan Rasulullah saw.

Umamah al-Bahili meriwayatkan :

Sesungguhnya seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw dan berkata : Wahai Rasulullah saw : Izinkan aku berzina. Maka tampil kaum untuk menghalangnya dan mereka berkata : biarkan biarkan ( aku memukulnya). Nabi saw bersabda : Dekatkan dia kepadaku maka dia pun menghampiri dan duduk dekat Nabi saw.

Nabi saw bersabda : Adakah kamu suka orang lain berzina dengan ibumu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu mereka.

Nabi  saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada anak perempuanmu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada anak-anak perempuan mereka.

Nabi  saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada saudara perempuanmu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada saudara-saudara perempuan mereka.

Nabi  saw bersabda : Adakah kamu mahu itu berlaku kepada ibu saudaramu?. Pemuda itu menjawab : Tidak. Demi  Allah wahai Rasulullah ,semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Nabi bersabda : Tiada manusia yang menyukai itu berlaku kepada ibu-ibu saudara mereka.

Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya ke atas pemuda itu dan berkata : Ya Allah, ampunkanlah dosanya,bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka selepas itu pemuda itu langsung tidak berpaling kepada sesuatu
( Riwayat Imam Ahmad dan al-Tabaraniy. Disahihkan oleh al-Albaniy dan al-Wadi’iy)

SubhanaAllah,di sini dapat kita lihat bertapa hebatnya dakwah daripada Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan kebijaksanaannya berdakwah dapat mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perbuatan mungkar.

2) Memenangkan dengan hati.

Monday, 12 January 2015

~My Story~

Teringat satu kisah semasa saya ke salah sebuah bank di Kota Bharu.
Al-kisahnya...(versi klate)

Umi : Ain,tengok tu comey jah dyo pkai tudung tu.

Saya: Erm,tok tahu la tu.
(dlm hti~meme comey pom tambh lg kalu aku pkai gtu jgk~)

Masa tu saya memang faham apa yang dimaksudkannye.
Terasa memang kepingin tapi? Entahla.
Kadang-kadang dalam membuat sesuatu perkara itu memang perlu kepada pengorbanan dan kesabaran.
Niat tu masih ada tetapi keberanian dan keyakinan? Entahla.

tudung macam ni la yang akak tu pakai,tapi warna biru.

Sunday, 11 January 2015

Ku titipkan buatmu agar dirimu tidak berputus asa,Wahai sahabat!

Aku adalah Aku !Alhamdulillah

Alhamdulillah! Genaplah setahun kamu berkhidmat buatku dengan izin-Nya. Menemaniku disaat aku jatuh dan bangun. Berkhidmat untuk tidak kira waktu dan ketika. Terima Kasih kerana menjadikanku seorang "blogger" walaupun tak popular macam "blogger" di luar sana. Niatku hanya satu,aku ingin meluahkan kata hatiku melalui pena. Diriku dikatakan "sombong" kerana aku tidak berjaya menggunakan anugerah terindah dari sang pencipta iaitu mulut untuk mengungkapkan puisi kata yang membantu aku dalam berinteraksi dengan komuniti diluar sana. Aku gagal memberanikan diri untuk membutirkan kata-kata maka perkara ini menjadikan diriku seorang 'blogger'.
Terima kasih! Harapanku agar hidupku diberkati oleh-Nya kepada seluruh keluargaku ,kenalan dan dipermudahkan segala urusanku serta mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Teringat akan kata seorang ustazah akhirilah doamu dengan 'Semoga hari TERBAIK bagiku adalah pada hari KEMATIANKU! Amin.
<AkuSeorangBlogger>