Macam mana nak jadi HAMBA great A!
1> Laksanakan qiamullail
2> Bacalah Al-Quran
Nampak simple tapi besar kesannya kepada diri..Semoga dapat istiqamah dalam melaksanakannya! InsyaAllah.
Macam mana nak jadi HAMBA great A!
1> Laksanakan qiamullail
2> Bacalah Al-Quran
Nampak simple tapi besar kesannya kepada diri..Semoga dapat istiqamah dalam melaksanakannya! InsyaAllah.
Tersentuh sungguh hati ini tatkala menonton Tanyalah Ustazah tadi...Menitis air mata kekesalan di pipi tanda keinsafan hamba kepada yang Maha Esa.
Isi-isi tazkirah yang sungguh mantap dapat merawat kekosongan jiwa dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. SubhanaAllah! Setiap yang ditakdirkan kepada diriku menjadi pembakar semangat buatku untuk memperbaiki segala kekhilafan yang dilakukan selama ini.
Alhamdulillah,Semoga segala yang ku impikan termakbul...
Teringat satu kisah semasa saya ke salah sebuah bank di Kota Bharu.
Al-kisahnya...(versi klate)
Umi : Ain,tengok tu comey jah dyo pkai tudung tu.
Saya: Erm,tok tahu la tu.
(dlm hti~meme comey pom tambh lg kalu aku pkai gtu jgk~)
Masa tu saya memang faham apa yang dimaksudkannye.
Terasa memang kepingin tapi? Entahla.
Kadang-kadang dalam membuat sesuatu perkara itu memang perlu kepada pengorbanan dan kesabaran.
Niat tu masih ada tetapi keberanian dan keyakinan? Entahla.
Alhamdulillah! Genaplah setahun kamu berkhidmat buatku dengan izin-Nya. Menemaniku disaat aku jatuh dan bangun. Berkhidmat untuk tidak kira waktu dan ketika. Terima Kasih kerana menjadikanku seorang "blogger" walaupun tak popular macam "blogger" di luar sana. Niatku hanya satu,aku ingin meluahkan kata hatiku melalui pena. Diriku dikatakan "sombong" kerana aku tidak berjaya menggunakan anugerah terindah dari sang pencipta iaitu mulut untuk mengungkapkan puisi kata yang membantu aku dalam berinteraksi dengan komuniti diluar sana. Aku gagal memberanikan diri untuk membutirkan kata-kata maka perkara ini menjadikan diriku seorang 'blogger'.
Terima kasih! Harapanku agar hidupku diberkati oleh-Nya kepada seluruh keluargaku ,kenalan dan dipermudahkan segala urusanku serta mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Teringat akan kata seorang ustazah akhirilah doamu dengan 'Semoga hari TERBAIK bagiku adalah pada hari KEMATIANKU! Amin.
<AkuSeorangBlogger>