Memetika kata-kata daripada ahli fizik dan matematik terkenal dunia iaitu Plato,beliau menyatakan bahawa "Love is a serious mental disease" Dalam konteks ini,dapat kita lihat bahawa cinta juga merupakan suatu penyakit yang sukar diubati. Percayalah apabila seseorang insan itu mencintai insan yang lain akan menyebabkan perasaannya tidak dapat dibendung. Ketika inilah iman memainkan perananya untuk kita terus bersabar dalam menghadapi cabarannya.
Oleh itu,cintailah seseorang itu secara diam-diam dan berdoalah kepada-Nya agar disatukan dalam suatu ikatan yang halal iaitu perkahwinan seperti kisah Saiditina Fatimah dan Saidina Ali yang akhirnya Allah pertemukan jua mereka berdua berkat kesabarannya. Sesungguhnya mereka yang mencintai seseorang secara diam-diam itu sedang berjihad untuk menahan kehendak hawa nafsu daripada menyelubungi diri.
"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga kmln. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan nafsu” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Imam Nawawi pernah menyebut bahawa "Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,jika kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku padamu".

No comments:
Post a Comment